Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam, Selangor

Home
AJK
Kuliah
Lokasi
Perhubungan
Khairat
Solat Jumaat

surau1.jpg
Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam

Selamat Datang ke Surau Haji Ismail, Fasa 3, Bandar Puncak Alam, Selangor.
Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam (sebelum ini dikenali sebagai Surau Fasa Tiga), merupakan salah satu surau yang wujud di Fasa 3, Bandar Puncak Alam. Surau ini berdaftar di Jabatan Agama Islam daerah Kuala Selangor dan mula mendapat kebenaran menganjurkan "Solat Jumaat" pada 29 Julai 2005. Walaupun masih bertaraf surau,
 
Pihak Jabatan Agama Islam Kuala Selangor telah memberikan  mandat kepada Surau Fasa Tiga untuk menjadi menyelaras akiviti  kepada surau-surau lain di sekitar Fasa 2 dan Fasa 3 Bandar Puncak Alam.
 
Surau ini berperanan sebagai tempat di mana penduduk melaksanakan solat berjemaah, tempat percambahan ilmu melalui medium tazkirah, ceramah, kuliah dan forum, tempat aktiviti kependudukan sama ada bermesyuarat di kalangan persatuan penduduk mahu pun aktiviti kependudukan yang sesuai.
 
Pada 26 April 2006, Pihak Y.Bhg. Tan Sri Rozali Ismail, telah memaklumkan nama surau ini kepada AJK Surau. Secara perlahan-lahan AJK Surau mula memperkenalkan nama baru surau ini sebagai Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam. Menurut Ybg. Tan Sri, nama tersebut mengambil sempena nama Ayahanda beliau.
Rayuan Sumbangan Jariah

Tuan-tuan dipelawa untuk menyumbang dana bagi membiayaan aktiviti Ehya' Ramadhan dan Dana Pembangunan Surau Fasa Tiga Puncak Alam dengan mendepositkan sumbangan anda ke akaun surau atau cek atas nama "Surau Fasa Tiga Puncak Alam" di Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun : 12038010069535) - Cawangan Shah Alam.

Semoga sumbangan tuan tuan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah bagi tuan-tuan dan membantu usaha membangunkan pembangunan Insan (modal Insan) di Fasa 3 Bandar Puncak Alam.

Resit akan diberi sekiranya tuan-puan menyerahkan slip bank in ke pihak AJK Surau/ Bendahari. Terima kasih.

"Dan apa sahaja hrta yang baik yang kamu sedekahkan (pada jalan Allah) maka pahalanya itu, untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan untuk mencari keredhaan Allah. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu sedekahkan nerscaya kamu akan diberi pahala dengan secukupnya sedang kamu sedikit pun tidak dianiaya" - Al-Baqarah 2:272.

alamkia@gmail.com

Boleh jadi dengan mengirimkan URL laman ini kepada sahabat tuan yang mampu dan mahu menyumbang dana bagi membiayai aktiviti dakwa di surau ini akan memberi faedah yang besar untuk surau ini dan tuan jua. sila klik butang dibawah dan alamatkan URL Laman ini ke rakan-rakan tuan. Terima kasih.